Tekanan, Tensi, Depresi
How to Spend RM300 in One Day
Hero
The Search For Agen 3R Promo
Pencarian Agen 3R Promo
Marina Mahathir: Young Voices Crucial to the Future
AOXM: Ketengahkan Bakat Muda Malaysia
Amirah Azmi Menyokong Halatuju Baru 3R
Jasmine Suraya Chin Menentang Kekejaman Terhadap Haiwan
Yana Rizal: Highlight Marginalized Voices
Be Yourself
Bengkel Agen 3R IM4U
<
>
 
 
 
 
 
 
 
facebook
 
 
DESCRIPTION

Bengkel iM4U Agen 3R 2016
 

18 peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia berjaya digelar Agen 3R selepas mengikuti Workshop iM4U Agen 3R yang berlangsung pada 13-17 July 2016 di iM4USentral, Puchong.

 

Bengkel ini dianjurkan selepas usaha mencari Agen 3R di sekitar Malaysia bulan Disember lalu.

 

Lina Tan, Penerbit bersama program 3R (Respek, Relaks, Respon) yang juga salah seorang penceramah di bengkel tersebut berkata tugas mencari Agen 3R adalah untuk memberikan bakat-bakat muda latihan media percuma.

 

Acara lima hari ini dikendalikan oleh bekas pengacara 3R Kartini Ariffin, dan Rafidah Abdullah, pakar-pakar media Shamyl Othman (Direktor filem Rembat dan Kami Histeria), Sharifah Aleya, Juana Jaafar, dan Lina Halim.

 

Bengkel ini bertujuan meluaskan pengetahuan para peserta mengenai isu-isu sosial dan meningkatkan kemahiran dalam membentuk cerita, seni kewartawanan, persembahan dan penerbitan video.

 

Puteri Salina, wakil iM4U, juga berkongsi maklumat bersama para peserta mengenai aktiviti-aktiviti dan usaha sukarelawan yang dilakasanakan oleh iM4U.

 

Para peserta diberikan misi untuk menghasilkan satu video mengikuti kreativiti sendiri yang menyentuh mana-mana topik berkenaan gaya hidup, keselamatan, identiti dan perhubungan.

 

Saksikan hasil karya Agen 3R sekarang di FEEFO.TV! 

 

"Dirakam dengan menggunakan kamera Canon EOS DSLR. Terima kasih Canon Malaysia. Tunjukkan kasih sayang anda dan tekan LIKE di Facebook Canon Malaysia di sini!

 

  

 

 
COMMENTS
 
10023 100045 100046